Ukraine Sedia Lepaskan Keahlian NATO Untuk Hentikan Perang

1,948

Presiden Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaannya bagi membincangkan komitmen dari Ukraine untuk tidak mendapatkan keahlian NATO sebagai pertukaran kepada gencatan senjata, pengunduran tentera Rusia dan jaminan keselamatan terhadap negara itu.

Zelensky memberitahu dalam temu bual dengan saluran televisyen Ukraine pada Isnin mengatakan bahawa langkah tersebut adalah sebagai kompromi untuk semua pihak.

Ini termasuk bagi negara Barat yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan Ukraine berkenaan NATO, untuk Ukraine yang mahukan jaminan keselamatan dan untuk Rusia yang tidak mahu NATO terus berkembang lebih luas.

Beliau juga mengulangi permintaannya untuk berbincang secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin kerana tanpa bertemu pemimpin itu, adalah sukar untuk memahami sama ada Moscow mahu menghentikan perang.

Selain itu, Zelensky juga mengatakan bahawa mereka akan bersedia untuk membincangkan mengenai status Crimea dan wilayah Donbas timur yang dipegang oleh pemisah yang disokong Rusia selepas gencatan senjata serta langkah-langkah ke arah menyediakan jaminan keselamatan.

Tambah beliau lagi, sebarang kompromi yang dipersetujui dengan Rusia untuk menamatkan perang perlu diundi oleh rakyat Ukraine dalam referendum.

Isu yang boleh dibangkitkan dalam mana-mana referendum boleh melibatkan wilayah yang diduduki oleh tentera Rusia, termasuk Crimea atau jaminan keselamatan yang ditawarkan kepada Ukraine oleh negara sebagai ganti keahlian NATO, katanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat