Ukraine Tak Puas Hati Nestle Masih Teruskan Perniagaan Di Rusia

16,975

Syarikat makanan gergasi di dunia, Nestle berdepan tekanan meningkat yang menggesanya menghentikan semua aktiviti perniagaan di Rusia sebagai tanda menentang serangan negara itu ke atas Ukraine.

Keengganan syarikat itu untuk keluar dari Rusia telah mendapat perhatian Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky yang menyebut slogan Nestle, ‘Makanan yang baik. Kehidupan yang baik’, sebagai tidak melambangkan tindakannya.

Kenyataan Zelensky menyusuli komen yang dibuat oleh Perdana Menteri Ukraine Denys Shmyhal pada minggu lalu yang mengecam Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Mark Schneider berhubung pendirian syarikatnya dalam menjalankan perniagaan di Rusia.

Syarikat Switzerland itu pada awal bulan ini telah menghentikan penghantaran barangan tidak penting ke Rusia tetapi terus menjual barangan seperti makanan baji, bijirin dan makanan haiwan peliharaan di negara itu.

Apa kata Nestle?

Susulan daripada gesaan tersebut, Nestle memberi tindak balas dengan mengatakan ia tidak mendapat keuntungan daripada aktiviti perniagaan yang masih tinggal di Rusia.

Seperti syarikat makanan lain yang membekalkan penduduk dengan makanan penting, ia juga tidak bermakna Nestle teruskan perniagaannya seperti dahulu, menurut jurucakap syarikat itu dalam satu e-mel.

Tambahnya lagi, mereka sedang melakukan yang termampu di Ukraine dan negara jiran untuk membantu mengurangkan malapetaka kemanusiaan ini. Nestle masih merupakan salah satu daripada syariakt makanan yang aktif di Ukraine dan kadangkala berjaya mengedarkan makanan di Kharkiv, katanya.

Nestle adalah salah satu daripada beberapa syarikat yang telah menggantung pelaburan dan pengiklanan baharu di Rusia tetapi terus menjual produk di negara itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat