Ukraine Terima Dana Kripto $54 Juta Untuk Pembelian Kelengkapan Ketenteraan

262

Pendermaan dalam bentuk mata wang kripto memainkan peranan penting dalam pertahanan Ukraine. Pada bulan Februari lepas, sejumlah $37 juta mata wang kripto telah didermakan kepada kerajaan Ukraine, tentera dan badan amal sebagai tanda sokongan terhadap negara itu selepas tercetus peperangan dengan Rusia.

Menurut Mykhailo Fedorov’s Timbalan Perdana Menteri Ukraine, kini komuniti kripto telah menderma dana kripto bernilai $54 juta melalui kempen Aid For Ukraine, tujuannya adalah untuk menyokong usaha ketenteraan negara menentang Rusia.

Beliau juga telah mengeluarkan kenyataan di Twitter mengatakan bahawa $54 juta tersebut telah disalurkan melalui inisiatif kerajaan Ukraine iaitu Aid For Ukraine, turut juga mengucapkan terima kasih kepada komuniti kripto atas sokongannya terhadap Ukraine.

Bantuan $54 juta untuk Ukraine kebanyakannya dalam bentuk 10,190 Ether yang bernilai $18.7 juta, 595 Bitcoin (BTC) bernilai $13.9 juta, Tether (USDT) $10.4 juta dan USD Coin (USDC) $2.2 juta.

Pembayaran mata wang kripto telah digunakan untuk peralatan ketenteraan, perkakasan, ubat-ubatan, kenderaan dan amunisasi termasuklah kenderaan udara tanpa pemandu (UAVs) bernilai $11.8 juta, yang biasanya digunakan untuk mengesan tentera musuh dan mengarahkan serangan.

Pengasas pertukaran kripto berasaskan Ukraine KUNA Mike Chobanian menyatakan bahawa sumbangan daripada komuniti kripto telah membuktikan teknologi blockchain dapat memberikan impak yang positif kepada negara termasuklah menjadi tulang belakang keselamatan global pada masa akan datang.

Selain itu, Aid For Ukraine berfungsi memindahkan kripto ke dalam pertukaran kripto FTX, seterusnya menukarkan kripto kepada fiat dan kemudian ditarik balik untuk dipindahkan ke bank negara Ukraine.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat