Ukraine Tidak Lagi Berminat Jadi Ahli NATO?

5,825

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengatakan beliau tidak lagi ‘terdesak’ untuk menjadi ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam temu bual yang disiarkan oleh ABC News.

Dengan membuka harapan kepada keamanan, Zelensky memberitahu bahawa beliau bersedia untuk berkompromi mengenai status dua wilayah pro-Rusia, Donetsk dan Luhansk yang diisytiharkan oleh Presiden Vladimir Putin sebagai merdeka sebelum ini.

Tambahnya lagi, beliau mengakui bahawa NATO tidak bersedia untuk menerima Ukraine kerana mereka takut dengan perkara yang kontroversi dan konfrontasi dengan Rusia.

Berbicara mengenai keahlian NATO, Zelensky mengatakan bahawa beliau tidak mahu menjadi presiden negara yang sanggup melutut dan merayu untuk mendapatkan sesuatu.

Perang di Ukraine telah tercetus selepas Rusia menentang penyertaan negara jirannya dalam NATO, satu pakatan yang diwujudkan untuk melindungi Eropah daripada Soviet Union.

Memasuki minggu kedua, serangan tersebut telah menyebabkan kemusnahan ratusan fasiliti dan menyebabkan jutaan rakyat kehilangan tempat tinggal.

Ia juga mendorong kebanyakan negara Barat untuk menjatuhkan sekatan ekonomi ke atas Rusia sehingga mengakibatkan lonjakan mendadak dalam harga komoditi sekali gus meningkatkan lagi kebimbangan terhadap tekanan inflasi di seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat