Ulasan Berita Saham Lokal Untuk Trader Pada Hari Ini – 10/06/2019

339

Bursa Malaysia pada hari ini ditutup tinggi berbanding bursa-bursa Asia yang lain berikutan rangsangan luaran yang positif.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 6.14 mata lebih kukuh pada 1,655.47 daripada 1,644.09 yang direkodkan pada pukul 5 petang, Jumaat lepas.

Antara faktor-faktor lain yang mendorong Bursa Malaysia kekal dalam kawasan positif pada hari ini kerana pelabur menjangkakan Amerika Syarikat akan menurunkan kadar faedah yang lebih rendah dan ketegangan perdagangan global yang dijangka mengendur.

Beberapa rumusan tentang berita korporat pada hari ini, pelabur asing dilaporkan
membeli saham tempatan bernilai RM350 juta minggu lalu, berbanding hanya RM48.8 juta minggu sebelumnya, demikian menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research. Menurut penganalisis, aliran masuk asing mingguan di Malaysia adalah sejajar dengan majoriti enam pasaran Asia lain.

Allianz Research mengeluarkan laporan unjuran, bahawa premium insurans di Malaysia, yang mencatatkan pertumbuhan kukuh 4.6 peratus tahun lalu dan akan menyaksikan pertumbuhan lebih pantas pada tahun ini.

Pada suku tahun pertama 2019, Malaysia telah menarik pelaburan diluluskan RM53.9 bilion dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama, meningkat 3.1 peratus berbanding RM52.3 bilion pada suku sama tahun lalu. Ini menunjukkan pelabur masih kekal yakin terhadap Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan.

Malaysia Airports Holdings Bhd’s (MAHB) mencatatkan peningkatan dalam jumlah pendaftaran sebanyak 1.3% dengan jumlah penumpang sebanyak 10.6 juta pada bulan Mei. Indikasi ini menunjukkan bahawa permintaan terhadap penerbangan domestik dan antarbangsa semakin meningkat. Jumlah penumpang antarabangsa meningkat 3.2% kepada 5 juta penumpang pada bulan lepas. Saham MAHB ditutup 3.15% lebih tinggi pada hari ini kepada RM7.86.

Pada 10 Jun, Ikhmas Jaya Group Bhd telah berjaya mendapat 2 sub-kontrak untuk lebuh raya Setiawangsa–Pantai yang berjumlah RM 75.3 Juta. Saham Ikhmas Jaya meningkat 8.57% denganjumlah pasaran RM103.62 juta.

Proton membuat kejutan dengan laporan jumlah jualannya telah meningkat ke paras tertinggi 46 bulan pada Mei dengan 10,611 unit dijual. 51.3% lebih tinggi berbanding bulan April. Hal ini didorong oleh jualan SUV Proton X70 yang tinggi pada bulan Mei. 50.1% saham Proton kini dimiliki oleh DRB-Hicom Bhd dan 49.9% selebihnya dimiliki oleh Zhejiang Geely Group Holding Co..

AmInvestment Bank Bhd menaikkan taraf saham Axiata Group Bhd dan Digi.Com Bhd kepada beli, manakala Maxis Bhd pada posisi memegang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat