Ulasan ECB Lagarde Ini Cetus Lonjakan Dalam Mata Wang Euro! Ini Sebabnya

202

Euro mencecah paras tertingginya dalam tempoh lebih sebulan pada hari Rabu selepas pegawai Bank Pusat Eropah memberi amaran bahawa tekanan inflasi masih terlalu kuat dan boleh membuka ruang sebarang perbincangan mengenai dasar melonggarkan dalam tempoh terdekat.

“Walaupun inflasi berkemungkinan melepasi kemuncaknya, ia menurun daripada paras yang sangat tinggi, dan diunjurkan akan masih jauh daripada paras sasaran untuk satu tempoih.” kata Presiden ECB Christine Lagarde dalam ucapannya. “Semakin lama paras inflasi terlalu tinggi, semakin besar bahayanya untuk kekal begitu.”

Lagarde memberi ucaptama pada persidangan yang dihoskan oleh ECB sendiri untuk ahli ekonomi. ECB biasanya menggunakan persidangan itu untuk menguatkan komunikasi matlamat dasarnya kepada pasaran kewangan. Dalam ucapan yang memberi sedikit konsesi kepada risiko ketidakstabilan kewangan yang menjejaskan ekonomi zon Eropah, Lagarde berhujah bahawa peningkatan dalam inflasi utama sejak beberapa bulan kebelakangan telah menghadirkan risiko.

Pelbagai ukuran inflasi asas yang dikesan oleh ECB meletakkan kadar setinggi 8%, kata Lagarde. Sebaliknya, inflasi keseluruhan telah berkurangan kepada 8.5% pada bulan Februari daripada paras tertinggi 10.6% pada bulan Oktober.

Lagarde menumpukan sebahagian besar ucapannya untuk menganalisis pengaruh upah dan margin keuntungan korporat dalam memacu inflasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Zon Eropah telah mengalami kerugian besar dalam perdagangan berikutan kenaikan harga tenaga, yang akhirnya kosnya mesti dikongsi antara firma dan pekerja,” kata Lagarde.

Pengurus bank pusat Jerman Joachim Nagel disisi lain menyatakan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa kejatuhan Credit Suisse dan Silicon Valley Bank akan membawa kepada krisis kredit di zon Eropah, walaupun beliau mengakui bahawa bank mungkin mengetatkan syarat pinjaman mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat