Ulasan Minit Mesyuarat European Central Bank (ECB)

36

Menurut minit mesyuarat bank pusat Eropah (ECB), akomodasi polisi monetari masih diperlukan untuk memastikan pergerakan kadar inflasi menuju sasaran dua peratus.

Walaupun risiko deflasi telah dihapuskan, tetapi keyakinan terhadap trend inflasi masih belum mencukupi untuk memulakan proses normalisasi dan terlalu awal untuk mengubah panduan kehadapan (forward guidance).

Minit tersebut turut menegaskan risiko ke atas dan ke bawah (upside-risk and downside-risk) akan terus diperhatikan dengan teliti oleh ECB.

Perbincangan terhadap polisi normalisasi juga wajar jika ekonomi Zon Eropah terus memulih dan inflasi terus bergerak dalam keadaan stabil dan kukuh.

Sejak mesyuarat Mac, terdapat laporan yang mengatakan ECB enggan untuk membuat perubahan polisi dan ‘panduan kehadapan’ pada mesyuarat April. Terdapat kebimbangan di mana ECB mengambil kira reaksi berlebihan pasaran terhadap kenyataan polisi Mac.

Dalam komen Draghi hari ini, beliau mengatakan ini bukanlah masanya untuk mengubah polisi monetari berikutan inflasi belum meningkat dengan kukuh.

Draghi juga mengatakan tiada keperluan untuk mengubah kenyataan polisi ECB, termasuk pembelian bon sehingga penghujung tahun ini dan juga kadar faedah terendah, selagi inflasi belum mencapai paras yang memberangsangkan. Katanya lagi, mereka perlu benar-benar yakin inflasi mengukuh sebelum membuat sebarang perubahan kepada polisi.

Ketua Ekonomi ECB, Praet juga masih mengekalkan pendirian ‘dovish’, walaupun pendapat dari Jerman Bundesbank lebih hawkish di mana semakin sukar untuk mengekalkan polisi semasa jika ekonomi Zon-Eropah terus mengukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat