Ulasan News Besar F.O.M.C Yang Dikeluarkan Awal Pagi Tadi

530

US dollar dilihat menguat selepas minit mesyuarat FOMC dikeluarkan awal pagi tadi. Secara keseluruhan, minit tersebut dinilai sebagai bernada hawkish.

Pembuat polisi Federal Reserve menunjukkan komitmen mereka untuk meneruskan kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur berikutan kadar pertumbuhan ekonomi yang kukuh dengan kadar inflasi kekal di sekitar paras sasaran. Hal ini dinyatakan di dalam minit mesyuarat yang dikeluarkan pada pukul 2 pagi tadi.

Pihak bank pusat mengatakan pertumbuhan ekonomi GDP meningkat pada kadar yang kukuh pada suku ketiga sama dengan kadar kenaikan pada separuh pertama tahun ini.

The Fed telah menaikkan kadar faedahnya kepada 2.25% dalam mesyuarat yang berjalan pada 26 September lepas dengan mengunjurkan terdapat lagi tiga kenaikan kadar faedah pada tahun 2019. Pada masa yang sama Fed memastikan terdapat satu lagi kenaikan kadar pada tahun ini.

Walaupun sebelum ini Fed telah banyak dikritik oleh pihak kerajaan AS sendiri, Fed mempertahankan tindakan mereka menaikkan kadar faedah beransur-ansur kerana untuk mengelakkan ekonomi daripada perlahan terlalu cepat dan memastikan inflasi kekal stabil.

“Pendekatan beransur-ansur ini akan mengimbangi risiko dalam pengetatan dasar monetari, yang mana ia dapat memperlahankan ekonomi dan inflasi bergerak ke paras bawah sasaran.”

Minit mesyuarat ini dikeluarkan selepas peningkatan dalam hasil-bon yang agak membimbangkan pelabur terhadap kenaikan kos pinjaman.

Setakat ini, pasaran menjangka Fed akan menaikkan kadar sekali lagi pada Disember dengan potensi kenaikan di paras 80%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat