Ulasan News Besar FOMC Dan Penyebab Kejatuhan US Dolar

81

The Fed seperti dijangka menaikkan kadar faedah buat kali ketiga pada 2017 dan meramalkan beberapa lagi kenaikan kadar faedah tahun depan walaupun inflasi masih dilihat sukar membuat kenaikan.

Pasaran sememangnya telah menjangka kenaikan ini sejak beberapa bulan lalu. Federal Open Market Committee (FOMC) menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 1.50%. Apa yang menyebabkan kejatuhan US dolar adalah unjuran kenaikan kadar faedah di masa hadapan kekal seperti sebelum ini.

Analisis ‘dot plot’ salah satu daripada Ringkasan Unjuran Ekonomi menunjukkan bank pusat akan menaikkan kadar faedah sehingga 2.25% pada 2018. Dengan kadar faedah ketika ini telah dinaikkan kepada 1.50%, bermakna ada tiga lagi kenaikan kadar faedah pada 2018, sama seperti unjuran yang dibuat sebelum ini.

“Dalam tempoh 12-bulan, kedua-dua inflasi dan inflasi untuk barangan selain makanan dan tenaga telah merosot tahun ini dan bergerak di bawah 2%,” kata FOMC dalam kenyataannya.

Satu isyarat keyakinan terhadap ekonomi adalah apabila FOMC menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi tahun 2017 kepada 2.5% dari 2.4% sebelum ini, manakala pertumbuhan pada 2018 dinaikkan kepada 2.5% dari 2.1% sebelum ini dalam unjuran yang dibuat pada September.

Unjuran inflasi pada 2017 juga dinaikkan kepada 1.7% dari 1.6% sebelum ini, tetapi unjuran inflasi untuk 2018 dan 2019 masih dikekalkan.

Apa yang menyebabkan kejatuhan US dolar adalah unjuran kenaikan kadar faedah pada 2018 yang masih dikekalkan walaupun dengan reformasi cukai AS yang semakin hampir untuk ditandatangani oleh Presiden Trump.

Pasaran melihat reformasi cukai itu tidak banyak mengubah potensi kenaikan kadar faedah The Fed tahun depan seterusnya menyebabkan pelabur menjual US dolar pada pagi Khamis.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat