Ulasan Pergerakan Matawang AUD Sepanjang Minggu Ini (18 -22 Jun)

547

Matawang Aussie sekali lagi merekodkan prestasi buruk pada minggu ini menjadikan ia kejatuhan tiga minggu berturut-turut setakat ini. AUD secara keseluruhannya digerakkan oleh sentimen pasaran terutamanya isu perang perdagangan Amerika Syarikat-China.

Aussie memulakan dagangan pada Isnin dengan penurunan disebabkan sentimen berisiko (Risk-Off) yang sering mempengaruhi matawang berkadar faedah tinggi seperti AUD. Matawang ini menjadi lebih tertekan pada Selasa apabila Trump mengenakan lebih banyak tariff terhadap China iaitu destinasi utama eksport dari Australia. Mudahnya, China adalah rakan dagang utama Australia dan sebarang tekanan kepada China akan memberi kesan besar kepada Australia.

Minit mesyuarat RBA (Reserve Bank of Australia) juga membawa tekanan kepada AUD pada Selasa apabila keseluruhannya bank pusat dinilai sebagai ‘dovish‘. Hal ini berikutan panduan untuk pemain pasaran seperti di bawah telah di buang.

“Ahli bank pusat bersetuju bahawa perubahan selepas ini kepada kadar tunai adalah kepada peningkatan berbanding penurunan.”

Matawang AUD terus tertekan sehingga penghujung minggu disebabkan ketidaktentuan isu perdagangan global. Namun terdapat sedikit kenaikan sejak Khamis apabila Bloomberg melaporkan bahawa beberapa pegawai White House telah memulakan semula rundingan dengan China bagi mengelak daripada perang dagang yang lebih besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat