Ulasan Polisi Bank Pusat Eropah Menjelang Keputusan Kadar Pada Malam Ini

629

Bank Pusat Eropah dijangka akan mengekalkan polisi dasarnya pada hari Khamis berikutan risiko dan konflik perdagangan global tidak menjamin rancangangnya untuk menghapuskan pelonggaran dasar.

Dengan kenaikan inflasi dan pekerjaan pada rekod tinggi, ECB memutuskan pada bulan lepas untuk menamatkan skim pembelian bon 2.6 trilion euro ($ 3.0 trilion) menjelang akhir tahun ini, mengambil langkah besar menghapuskan rangsangan kewangan.

Namun, dengan pertumbuhan yang perlahan dan sentimen yang terjejas akibat perang perdagangann, ECB menjanjikan rekod kadar faedah yang rendah sekurang-kurangnya pada musim panas akan datang. Hal ini membawa kepada pengurangan dasar rangsangan kerana kebimbangan bahawa sedikit pergolakan dapat menggagalkan pemulihan inflasi.

Selain itu, indikator PMI yang merosot pada bulan Jun, kadar keyakinan pengguna yang jatuk dan indeks perniagaan IFO Jerman pada Julai juga jatuh, semua ini menunjukkan kelembapan dan boleh memaksa ECB menurunkan unjuran pertumbuhannya pada bulan September.

Namun kadar pertumbuhan masih lagi berada diatas sasaran maka terdapat kebarangkalian bahawa zon Euro dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan akhirnya menghasilkan inflasi.

Keputusan kadar faedah bank akan dikeluarkan pada 8.30 p,m, diikuti dengan ucapan Draghi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat