Para Pelabur Kecewa Selepas Mendengar Ulasan Terkini Fed Mester Mengenai Ekonomi A.S!

536

Pasaran sedikit kelam kabut pada hari ini terhimpit dengan isu ulasan Powell dan Abe. Susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan, para pakar ekonomi dan pihak pentadbiran mula memberi ulasan berkenaan perkara tersebut, antaranya presiden Fed Cleveland, Loretta Mester.

Menurut Mester, the Fed harus terus mendukung ekonomi kerana pemulihan dari wabak Covid-19 berkemungkinan akan ambil masa yang lama. Tambah beliau masih ada banyak masalah makroekonomi yang turut perlu ditangani. Walaubagaimanapun beliau berpendapat bahawa dasar monetari yang bersifat akomadatif akan menjadi sangat penting sepanjang fasa pemulihan ini.

Pada awal tahun ini, the Fed telah mengurangkan kadar faedah hampir kepada sifar sebagai langkah untuk menjana kembali ekonomi selepas banyak sektor ekonomi ditutup bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Selain itu, bank pusat juga melancarkan program pembelian aset dan langkah-langkah lain. Pada hari Khamis, pengerusi the Fed, Jerome Powell telah mengumumksn dasar baru yang membolehkan kadar faedah berada pada paras yang lebih rendah untuk jangka masa yang lebih lama.

Dalam masa yang sama, Mester juga menyatakan bahawa data-data menunjukkan aktiviti ekonomi A.S sedikit perlahan sejak sektor ekonomi mula dibuka semula.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat