Umum Kerjasama Dengan Disney, Saham Astro Diburu!

594

Saham Astro Malaysia Holdings Bhd meningkat sebanyak 5.88% atau 6 sen pada sesi dagangan pagi tadi selepas syarikat itu mengumumkan akan menjadi pengedar eksklusif untuk platform perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar.

Kaunter syarikat itu dalam Bursa Malaysia dibuka 0.98% atau satu sen lebih tinggi hari ini kepada RM1.03 berbanding ketika ditutup sebelum ini iaitu RM1.02.

Sewaktu sesi dagangan ditutup pada tengah hari, Astro berada pada paras RM1.07 sesaham, menjadikan permodalan pasarannya bernilai RM5.58 bilion.

Sebanyak 9.98 juta sahamnya diniagakan, melebihi purata nilai dagangan 200 hari iaitu 3.38 juta saham.

Awal hari ini, Astro mengumumkan kerjasamanya dengan The Walt Disney Company untuk platform penstriman The Disney Hotstar+ yang akan dilancarkan di negara ini pada 1 Jun kelak.

Menerusi kenyataan syarikat berkenaan hari ini, para penonton bakal menikmati kandungan daripada pelbagai penyedia termasuklah Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic serta pelbagai siri hiburan dan filem tempatan.

Orang ramai boleh melanggan secara terus Disney+ Hotstar dengan harga RM54.90 untuk tiga bulan atau menerusi pakej istimewa dengan Astro untuk mendapatkan akses pelbagai koleksi kandungan.

Disney+ Hotstar juga akan tersedia untuk pelanggan Astro Movies Pack dengan bayaran tambahan sebanyak RM5 sebulan manakala mereka yang tidak melanggan Movies Pack boleh mengakses perkhidmatan tersebut melalui pakej lain.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat