Umum Masuk Pasaran EV, Saham Ini Terus Lonjak 15%

400

Saham Techna-X melonjak lebih 15% dalam sesi dagangan awal hari ini selepas mengumumkan langkah memasuki pasaran kenderaan elektrik (EV) dengan pembangunan sistem pandu voltan rendah.

Pada pukul 9.45 pagi, kaunter tersebut menambah 2 sen kepada 15 sen dengan 119.27 juta saham bertukar tangan.

Techna-X menerusi anak syarikatnya, HK Aerospace Beidou New Energy Industry Technology Co Ltd, telah memeterai perjanjian usaha sama (JV) dengan Monika Mikac dan Igor Pongrac iaitu bekas pengasas bersama Rimac Automobili yang merupakan kuasa teknologi dalam domain kereta hiper elektrik bersama-sama pakar material, Nordin Catic serta pakar reka bentuk sistem elektronik, Benjamin Bozic.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Techna-X semalam, syarikat JV terbabit didaftarkan sebagai E-Rex d.o.o (E-Rex).

Lapor Bernama, Techna-X akan memiliki 51% ekuiti manakala pengasas bersamanya akan memegang baki 49% lagi.

Tambah kenyataan tersebut, E-Rex akan menumpukan kepada kemajuan rangkaian kuasa voltan rendah yang bersesuaian untuk kenderaan penumpang EV voltan rendah dan kenderaan komersial sehingga 2.5T (ketika ini menggunakan bateri dengan julat voltan 250V dan 800V untuk rangkaian pemacu).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat