UnionBank Filipina Lancarkan Perdagangan Bitcoin & Ethereum

123

Union Bank of the Philippines atau digelar UnionBank, merupakan bank universal terbesar di Filipina telah berjaya melancarkan program perintis bagi menyediakan perkhidmatan mata wang kripto Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) untuk pelanggan runcit terpilih.

Umum mengetahui, projek tersebut adalah sebahagian daripada penyelidikan atau ujian mendalam bagi memastikan perkhidmatan itu betul-betul berfungsi untuk digunakan supaya pelanggan dapat memanfaatkannya tanpa sebarang kesulitan.

Difahamkan bahawa UnionBank tersebut telah memeterai perjanjian bersama syarikat teknologi kripto Switzerland, Metaco yang akan melaksanakan pembaharuan itu di platform aset digital Metaco Harmonize.

Sebelum ini, mereka dikatakan pernah bekerjasama dalam membangunkan perkhidmatan perdagangan kripto pada Januari 2022.

Secara konteks, UnionBank telah meneroka serta mendalami pasaran kripto sejak beberapa tahun kebelakangan ini sejurus selepas bank tersebut dilesenkan dan diselia oleh bank pusat Filipina, Bangko Sentral ng Phlipinas (BSP).

Malah, UnionBank turut melaksanakan stablecoin berfokuskan pembayaran yang bersandarkan pada peso Flipina pada tahun 2019.

Namun begitu, Metaco tidak dapat menepati matlamat bank dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti untuk pelanggan Filipina, ulas Henry Aguda, Ketua Pegawai Teknologi dan Ketua Pegawai Transformasi UnionBank.

Tambahnya lagi, UnionBank merupakan antara entiti terawal menerima kripto di negara Filipina dan mereka akan berusaha menjadi bank pertama di negara itu yang membenarkan pertukaran mata wang digital untuk para pelanggan.

Hal ini berikutan kerana Presiden Filipina, Ferdinand Marcos menegaskan akan memberi perhatian terhadap penggunaan teknologi blockchain bagi menguasai perbankan serta transaksi digital.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat