Unisem Terus ‘Mengamuk’ di Bursa Malaysia

2,307

Harga saham Unisem Bhd melonjak sebanyak 57 sen atau 12.95% ke paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun iaitu RM4.97, didorong oleh sentimen kenaikan harga yang dikuatkan oleh set pendapatan suku tahunan terbaharunya.

Unisem, yang merupakan antara kaunter paling untung di Bursa Malaysia, menyaksikan permodalan pasarannya meningkat kepada RM3.48 bilion.

Ketika sesi dagangan berehat tadi, sahamnya ditutup pada paras RM4.97.

Saham syarikat berkenaan melonjak tinggi sebanyak 219% daripada paras terendahnya iaitu RM1.56 pada 3 April lalu.

Susulan itu, penganalisis pelaburan telah mengemaskini atau mengesahkan cadangan ‘buy’ mereka terhadap syarikat pengeluar semikonduktor itu selepas pendapatan suku ketiga yang berakhir 30 September (3QFY20) lalu melangkaui jangkaan.

Unisem baru-baru ini mengumumkan keuntungan bersihnya sebanyak RM49.45 juta bagi 3QFY20 dan pendapatannya meningkat kepada RM357.68 juta.

Dalam pada itu, penganalisis CGS-CIMB Research, Mohd. Shanaz Noor Azam mengulangi cadangan ‘add’ kepada Unisem memandangkan prospek pendapatan syarikat itu yang lebih kukuh.

CGS-CIMB turut meningkatkan harga sasaran (TP) kepada RM5.50 daripada RM4.25 selepas meramalkan keuntungan bersih bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 (FY20), FY21 dan FY22 melonjak kepada RM115.1 juta, RM149.7 juta dan RM183.3 juta.

“Kami menjangkakan Unisem akan mengekalkan tahap perbelanjaan modal yang tinggi melebihi RM200 juta pada 2020-2021F bagi menyokong program baharunya untuk frekuensi radio, cip pengurusan tenaga dan sensor mikrofon,” ujar Mohd. Shanaz dalam notanya hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat