Uniswap Benarkan Pembelian Kripto Melalui Kad Debit & Kredit!

90

Uniswap dah maju ke depan dah, syarikat lain bila lagi.”

Syarikat exchanger decentralized (DEX), Uniswap berjaya memeterai perjanjian bersama syarikat fintech Moonpay untuk membenarkan para pengguna membeli mata wang kripto melalui kad debit, kad kredit dan pindahan bank pada aplikasi web mereka.

Namun perlu diingatkan bahawa pindahan bank hanya bakal tersedia di beberapa negara sahaja seperti Amerika Syarikat (AS), Brazil, United Kingdom (UK) dan Bank Pusat Eropah yang dinamakan Single Euro Payments Area (SEPA).

Diperjelaskan lagi oleh Uniswap, pengguna juga dapat menukar mata wang fiat kepada aset digital mainnet Ethereum (ETH), Polygon, Optimism dan Artbrum dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Setakat ini pula, syarikat tersebut hanya akan menyokong Dai, ETH, USD Coin (USDC), Tether (USDT), Wrapped Bitcoin (wBTC) dan Wrapped Ether (wETH).

Sementara Uniswap turut berpandangan DEX merupakan pilihan terbaik berbanding exchanger centralized (CEX) berikutan terdapat perlindungan kepada pengguna, self-custodial wallet serta public ledger.

Antara halangan utama Uniswap adalah untuk mendorong pelanggan menggunakan pembiayaan decentralized (DeFi) susulan kebanyakan individu lebih berminat dengan CEX walaupun terdapat pelbagai risiko.

Selain daripada itu, Uniswap berhasrat untuk wujudkan yuran pemprosesan terendah dan tidak mengenakan kos spread pada USDC melalui pembaharuan yang dilaksanakannya ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat