Uniswap (UNI), Token DeFi Pertama Tembus Top 10 Dengan Lonjakan 50%!

385

Uniswap (UNI) melonjak hampir 50%, menjadi aset kelapan terbesar dengan nilai pasaran $17.7 bilion, menjadi token DeFi pertama yang berjaya tembus kedudukan 10 tertinggi.

Manakala, berdasarkan rekod Messari, UNI tersenarai sebagai aset Ethereum kedua terbesar selepas Tether dan berjaya mengatasi Chainlink.

Berdasarkan pemerhatian pada 4 Mac lalu, nilai pasaran UNI telah meningkat daripada $8.8 bilion kepada $14.7 bilion dalam 24 jam.

Berita ini tanpa dijangka menunjukkan potensi Uniswap yang memberansangkan selepas mencatatkan jumlah perdagangan bagi Februari mencecah paras tertinggi sepanjang masa bulanan, $31.9 bilion.

Bagaimanapun, rekod dagangan pada minggu lepas sedikit mengecewakan dengan penyusutan 25% kepada $6.4 bilion daripada $8.6 bilion.

Penyusutan itu masih lagi mengekalkan Uniswap sebagai platform pertukaran tidak berpusat (decentralized exchanges, DEX) yang mendominasi rangkaian Ethereum.

Lonjakan ini didorong oleh spekulasi pembaharuan platform itu kepada V3 selepas V2 yang dilancarkan pada Mei tahun lepas.

Pembangun Yearn Finance, Andre Cronje dalam tweet terbaru dilihat seakan-akan cuba mengorek hal sebenar berkaitan Uniswap V3. Bagaimanapun, ketua pasukan Uniswap, Hayden Adam meminta tweet itu dipadam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat