Universal Music Group Umum Kerjasama Dengan LimeWire, Bakal Lancarkan NFT Artis Terkenal

554

Syarikat penerbitan muzik gergasi, Universal Music Group mengumumkan kerjasama dengan platform non-fungible token (NFT) di Algorand, LimeWire dalam mengembangkan lagi capaian peminat artisnya.

Ini merupakan satu lagi pencapaian terbaharu UMG dalam usaha mengembangkan lagi capaian peminat artisnya yang terdiri daripada Taylor Swift, Kendrick Lamar, BTS, The Weeknd, Abba, dan Elton John.

Untuk pengetahuan, UMG juga memiliki beberapa buah syarikat rakaman termasuk: Interscope Records, Republic Records, Def Jam Recordings, Capitol Records, Motown Records, Geffen, EMI, Virgin Music, dan banyak lagi.

Pada masa yang sama, UMG akan menyediakan perlesenan sah yang membolehkan LimeWire bekerjasama dengan artis di bawah naungannya, sekaligus memanfaatkan platform NFT itu melalui penerbitan item digital seperti rakaman audio, kandungan audio-video, rakaman di belakang tabir, atau sebarang hasil seni termasuk gambar, dan kandungan eksklusif.

Siapa LimeWire?

Barangkali hanya generasi 90-an mengenali LimeWire yang dulunya terkenal sebagai platform penstriman muzik, juga menawarkan perkhidmatan perkongsian fail.

LimeWire telah comeback pada Mac sebagai platform NFT selepas sedekad hilang dari pasaran.

Pada April, LimeWire berjaya meraih pelaburan sebanyak $10.4 juta dalam penjualan token yang diterajui oleh Kraken Ventures, Arrington Capital, GSR, dan Crypto.com Capital.

Difahamkan LimeWire akan mula rancak memasarkan platformnya bermula akhir Mei 2022 sebelum melancarkan platform NFT secara rasmi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat