Unjuran Terkini Fed Philly Tingkatkan Kembali Harapan Pemain Pasaran!

287

Fed Philadelphia telah mengeluarkan hasil soal selidik mengenai kedudukan ekonomi Amerika Syarikat. Hasil kajian mendapati bahawa ekonomi A.S akan berkembang lebih pantas pada suku ketiga daripada jangkaan sebelum ini namun pada suku keempat ekonomi dijangka akan bertumbuh lebih perlahan dan penciptaan pekerjaan juga akan berkurangan.

Tinjauan mendapati bahawa pada suku ketiga ekonomi A.S akan bertumbuh sebanyak 19.1% iaitu hampir dua kali ganda peningkatan daripada ramalan yang dikeluarkan sebelum ini iaitu 10.6%. Pada suku kedua, ekonomi A.S telah menguncup pada kadar 32.9%, satu bacaan kemelesetan yang besar.

Walaubagaimanapun, jangkaan mendapati pertumbuhan ekonomi akan mula perlahan pada suku keempat iaitu ekonomi berkemungkinan hanya akan bertumbuh sebanyak 5.8%. Bacaan ini dikurangkan dari ramalan tinjauan Fed tiga bulan lalu iaitu pada 6.5%.

Sektor buruh juga dijangka akan bertambah lebih baik dengan kadar pengangguran akan jatuh pada sukuan akan datang tetapi penciptaan pekerjaan akan berkurang. Pengangguran dijangka akan turun kepada 9.5% dimana angka terkini pada bulan Julai adalah 10.2%.

A.S kini bukan sahaja berhadapan dengan jangkitan positif kes Covid-19 yang semakin meningkat namun ketegangan antara China dan A.S juga semakin meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat