Untunglah Oracle Dapat Sokongan Trump!

349

Berikutan dengan hasrat Oracle untuk membeli TikTok Amerika Utara, Australia dan New Zealand dari syarikat induk China,ByteDance, Presiden Donald Trump menyifatkan syarikat perisian terkemuka itu sebagai syarikat yang hebat bahkan beliau menyatakan sokongannya terhadap syarikat berkenaan, yang diasaskan bersama oleh jutawan Larry Ellison.

Menurut Trump, Oracle adalah sebuah syarikat yang hebat, dan pemiliknya adalah individu yang luar biasa. Selain itu, syarikat tersebut diberikan tempoh sehingga 15 September untuk menguruskan pembelian itu.

Walau bagaimanapun, Oracle tidak mendedahkan jumlah bayaran untuk pembelian TikTok tetapi sebilangan pelabur ByteDance menilai perniagaan global TikTok pada $ 50 bilion. Selain itu, rancangan pembelian Oracle untuk TikTok juga melibatkan firma venture capital Amerika Syarikat, Sequoia Capital dan General Atlantic, yang merupakan pelabur dalam ByteDance.

Kini, Oracle dan Microsoft berlumba-lumba untuk mendapatkan aplikasi milik ByteDance itu. Sehubungan dengan itu, Trump mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua buah syarikat tersebut memang berhasrat untuk mendapatkan TikTok, begitu juga dengan beberapa syarikat yang lain. Akan tetapi, mereka perlu memastikan bahawa Amerika Syarikat mendapat pulangan yang baik daripada pembelian itu.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat