Untungnya Ada Projek Hebat! 3 Altcoin Ini Melonjak Tinggi!

3,038

Di sebalik seri Bitcoin, dominasi raja kripto ini sedikit susut dari 70.2% pada 13 Januari kepada bacaan semasa, 61.25%. Ketika berlakunya penyusutan dominasi Bitcoin dan harganya mula memasuki fasa consolidation, altcoins berpotensi untuk melonjak lebih tinggi!

AVAX

Usaha gabungan Avalanche-Ethereum yang membolehkan pengguna DeFi untuk mendapatkan keuntungan dengan aset yang sama di kedua-dua ekosistem tersebut baru-baru ini telah menarik perhatian pelabur.

Ekoran daripada itu, harga Avalanche (AVAX) melonjak 77% dari $27.67 kepada $50.89 dalam 24 jam. Pada masa yang sama, sebanyak $6.5 juta aset telah dipindahkan dari Ethereum ke Avalanche. Aktiviti pemindahan aset itu kini mencecah lebih $48 juta, berpunca kerana peningkatan harga gas di Ethereum semakin meningkat.

MATIC

Sejak 4 Februari, harga MATIC meningkat daripada $0.04 kepada $0.1248, didorong oleh projek rebranding kepada Polygon pada 9 Februari. Menurut tenaga kerja, Polygon bercita-cita untuk bangkit sebagai ‘Polkadot of Ethereum’.

Polkadot, selain sinonim sebagai pesaing hebat Ethereum, berpotensi untuk menenggelamkan pasaran altcoin teratas. Platform Polygon yang terbaru dijual sebagai aggregator lapisan-dua yang menyokong berbagai penyelesaian berskala Ethereum termasuk Optmistic Rollups, ZkRollups dan StarkWare’s Validium.

CELO

Harga CELO melonjak 50.26% pada 10 Feb, meningkat daripada $3.54 kepada $5.22 selepas ‘zkSNARK ceremony’ pada 8 Februari. Pada masa yang sama, dengan reka bentuk mudah alih, CELO juga menerima manfaat sebagai Ethereum Virtual Machine (EVM) ketika harga gas di Ethereum mendadak naik.

Celo menerapkan protokol konsensus PoS berdasarkan pBFT yang mana membenarkan protokol untuk mengakses dan mencapai konsensus pada blok dengan pantas. Ini akan mendorong kepada peningkatan transaksi sesaat (TPS) dengan memastikan pengesahan dan rangkaian selamat.

Ketika penulisan, AVAX mencatatkan harga $50.78 dengan lonjakan 37.33% dalam 24 jam, diikuti MATIC merekod harga $0.1171 (17.39%) dan CELO, $4.80 dengan peningkatan sebanyak 30.24%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat