Update Terkini Pasaran Minyak Global Yang Semua Individu Perlu Ambil Berat

57

Harga komoditi hitam global meningkat pada Isnin disebabkan jangkaan kenaikan yang semakin meluas mengenai prospek lanjutan pembekuan bekalan yang akan dilanjutkan melebihi bukan Jun walaupun peningkatan aktiviti penggerudian di AS dilihat mengehadkan keuntungan.

Kenaikan harga ini terjadi selepas kejatuhan mendadak yang berlaku minggu lepas selepas kebanyakan negara yang tidak terlibat di dalam perjanjian telah menambah pengeluaran termasuk Amerika Syarikat.

Dalam masa yang sama, peniaga minyak mentah juga menyifatkan bahawa kemenangan Emmanuel Macron dalam pilihanraya Presiden Perancis juga secara tidak langsung menyokong kenaikan harga minyak. Hal ini berikutan peningkatan keyakinan terhadap ekonomi Eropah yang stabil.

Brent mentah yang menjadi penanda aras antarabangsa bagi minyak kali terakhir dinilai pada $49.85 setong pada hari Isnin.

Selain itu, minyak WTI mentah didagang pada $46.87 setong dengan kenaikan sebanyak 65 sen atau 1.4 peratus berbanding harga sebelum ini.

Pasaran kini menambah keyakinan bahawa OPEC dan pengeluar utama lain termasuk Russia telah berjanji untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari pada separuh pertama tahun ini di dalam usaha untuk menaikkan pasaran.

Walau bagaimanapun, kedua-dua penanda aras bagi minyak mentah itu masih berada di bawah paras $50 setong apabila inventori masih berada pada tahap yang agak tinggi.

Menurut Bank ANZ, aktiviti penggerudian di AS telah meningkat bagi minggu ke-16 berturut-turut kepada 703 buah pelantar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat