Upgrade Nakamoto Menghampiri, Hasil Tahunan Stacks Memuncak 3,028%!

247

“Hmm agak-agak harga STX boleh tembus $3 dalam masa terdekat ni tak?”

Stacks (STX), penyelesaian Bitcoin (BTC) layer-2 melihat pertumbuhan besar sepanjang tahun lepas apabila terdapat pendakian 3,386% setiap suku tahun dan 3,028% peningkatan tahunan dalam pendapatannya yang mencecah $637,000.

Dilaporkan juga, jumlah nilai terkunci (TVL) turut menunjukkan pendakian 363% suku tahunan manakala purata hasil miner harian capai $78,000 iaitu peningkatan tahunan 1,015%, jadi di sini dapat dilihat terdapat pertumbuhan selanjutnya melalui naik taraf Nakamoto pada April 2024.

Seperti diperincikan dalam white paper projek, naik taraf itu menjanjikan kemajuan ketara termasuk masa sekatan dipercepatkan, kemuktamadan transaksi BTC yang terjamin, penghapusan risiko forking dan penurunan dalam nilai boleh ekstrak maksimum (MEV) dikaitkan dengan BTC.

Naik taraf Nakamoto juga bakal mewujudkan pelancaran sBTC yang akan menyelaraskan pengalaman DeFi pada STX bersama fungsi ditawarkan oleh platform DeFi terkemuka lain dan perlu diketahui trajektori kewangan STX telah didorong oleh inscription STX20.

Diilhamkan oleh inscriptions BTC khususnya Ordinal BRC-20, protokol STX20 telah memangkin tahap pemecahan rekod aktiviti rangkaian di mana terdapat lebih 10,000 transaksi direkodkan dalam satu blok pada Disember 2023.

Suka dimaklumkan platform seperti ALEX, Arkadiko dan StackingDAO yang memberi sumbangan ketara pada ekosistem DeFi STX telah menyebabkan ramai pengguna mengutamakan urus niaganya sehingga mencetuskan peningkatan 400% suku ke suku dalam purata yuran transaksi.

Pada tahun 2024, projek dibangunkan pada rangkaian BTC telah digembar-gemburkan oleh pelbagai orang dalam industri sebagai terma yang menonjol dalam sektor aset digital.

Sehingga berita ini ditulis, harga STX melonjak sebanyak 10.43% pada paras $2.73 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $3 bilion seterusnya mencatatkan pendakian 44.80% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat