US Dolar Dan Harga Minyak Dibuka Kukuh, Harga Emas Mengalami Kejatuhan – Sesi Asia

402

Pasaran Matawang

Matawang US dolar mengukuh berbanding matawang yen dalam sesi dagangan Asia pada hari Isnin.

USD megukuh sedikit berbanding matawang yen sebanyak 0.10% kepada 113.17. Manakala matawang Aussie kekal menyusut berbanding matawang USD kepada 0.7850 setakat jam 11.15 a.m.

Pengukuhan US dolar berbanding yen disebabkan penutupan pasaran Tokyo pada hari berikutan cuti.

Matawang Euro mengukuh sebanyak 0.04% berbanding US dolar. GBP juga mengukuh berbanding US dolar kemudian menyusut sebanyak 0.04% setakat jam 11.15 a.m.

Pasaran Komoditi

Harga minyak naik pada hari ini dalam sesi dagangan Asia.

Harga mentah US WTI naik sebanyak 0.29% kepada $61.62. Manakala minyak brent jatuh kepada $67.70 daripada paras $67.83 sementara waktu dan naik kembali sebanyak 0.19% kepada 67.75 setong setakat jam 11.15 a.m.

Harga emas pula mencatat kejatuhan sebanyak 0.05% keapda 1,321.70 seiring dengan pengukuhan US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat