US Dolar Di Dagangkan Mendatar Berbanding Yen, Harga Minyak Terus Naik – Sesi Asia

61

Forex

US dolar didagangkan mendatar berbanding matawang yen dalam sesi dagangan Asia pada hari Selasa.

USD/JPY didagangkan mendatar iaitu naik sedikit 0.03% kepada 112.69, manakala matwang AUD/USD mengukuh pada awal sesi dagangan Asia sebanyak 0.24% kepada 0.7824.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam menyusut sebanyak 0.14% kepada 91.86 dalam sesi dagangan Asia pada hari Selasa setakat jam 09.55 a.m.

Pergerakan matawang ini dipengaruhi oleh pembukaan pasaran kembali selepas cuti panjang pada hujung minggu dan beberapa pasaran yang masih belum dibuka seperti Tokyo.

Minyak

Harga minyak mencapai paras tertinggi pada awal tahun baru, Selasa sejak tahun 2014.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.30% kepada $60.61 setakat jam 09.55 a.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.74% kepada $67.12 setong setakat jam 09.55 a.m.

Peningkatan harga minyak didorong oleh beberapa faktor utama iaitu usaha pemotongan pengeluaran minyak oleh OPEC dan Rusia.

Faktor lain yang turut mendorong peningkatan harga ialah pemintaang minyak yang kukuh.

Emas

Emas pula dibuka sedikit rendah dalam sesi dagangan Asia. Pada awal pembukaan pasaran harga emas naik berikutan kelemahan US dolar.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat kejatuhan sebanyak 0.05% pada hari Selasa kepada $1,308.60 setakat jam 09.55 a.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat