US Dolar Kecundang Di Penghujung Minggu!

325
  • USD menjunam selepas data ekonomi diterbitkan merosot
  • BOE beri isyarat dovish selepas mesyuarat polisi
  • Data KDNK UK, pekerjaan Kanada dan sentimen pengguna AS jadi tumpuan

US dolar mula paparkan prestasi yang suram menuju dagangan ke penghujung minggu apabila terkesan oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang terbaru diterbitkan semalam dengan bacaan merosot.

Bacaan tuntutan faedah pengangguran AS untuk minggu sebelum ini catat angka yang meningkat kepada 231,000, tertinggi sejak Ogos tahun lalu.

Bacaan ini mengiringi laporan pekerjaan NFP yang diterbitkan pada penghujung minggu lepas menyaksikan kemerosotan sektor buruh di bulan April.

Setelah pergerakan mendatar yang dipaparkan sebelum ini, US dolar kembali menunjukkan penyusutan nilai di sesi New York semalam.

Ini telah membuka ruang untuk mata wang utama yang lain untuk pulih semula.

Mata wang Pound turut menjadi tumpuan pada dagangan Khamis semalam dengan keputusan mesyuarat polisi monetari bank pusat England diperhatikan.

Bank of England (BOE) seperti dijangka mengekalkan kadar faedah di paras 5.25%, namun undian ahli MPC menunjukkan terdapat dua undian untuk kadar diturunkan, selebihnya menyokong untuk kadar dikekalkan.

Menurut kenyataan oleh gabenor Andrew Bailey, beliau menyatakan inflasi sedang bergerak pada landasan sasaran 2%.

Sepertinya, bank pusat berkemungkinan akan bersedia untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah untuk suku tahun akan datang.

Namun, tindakan tersebut akan bergantung kepada data-data ekonomi terbaru yang bakal hadir selepas ini.

Pound alami penyusutan pada awal reaksi keputusan mesyuarat tersebut, namun kembali pulih menuju dagangan penghujung sesi susulan US dolar mula didadangkan merosot.

Tumpuan pada hari akan terarah kepada beberapa data ekonomi seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK di sesi Eropah, dan di sesi New York pula bakal diterbitkan laporan pekerjaan Kanada serta tinjauan pengguna AS oleh Universiti Michigan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat