US Dolar Kekal Kukuh Walaupun Data PPI Mei Merosot

217

US dolar meneruskan pengukuhan pada dagangan sesi New York semalam walaupun data inflasi pengeluar Amerika Syarikat (AS) hadir dengan bacaan yang kurang merosot.

Bacaan bulanan indeks harga pengeluar (PPI) untuk Mei menguncup 0.2%, lebih rendah daripada ramalan untuk peningkatan 1%.

Selain itu, jumlah tuntutan faedah pengangguran AS untuk minggu lepas turut catatkan peningkatan lebih tinggi sebanyak 242,000, bacaan tertinggi sejak Ogos tahun lalu.

Walaupun data-data terbaru menunjukkan bacaan yang berisiko menyusuli penurunan data inflasi pengguna pada Rabu, namun US dolar kekal kukuh dengan pasaran memfokuskan kepada sentimen dasar monetari bank pusat AS.

Federal Reserve (Fed) telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat FOMC terbaru awal pagi Khamis semalam dan Pengerusi Jerome Powell turut mengekalkan nada yang hawkish seperti sebelum ini.

Unjuran pemotongan kadar faedah hanya sekali sahaja untuk tahun ini memberi kelebihan kepada US dolar untuk terus bergerak kukuh dalam pasaran.

Pengukuhan US dolar dilihat telah memadamkan kembali kerugian yang dialami ketika reaksi data inflasi diterbitkan pada Rabu lalu.

US dolar dijangka akan meneruskan corak pengukuhan untuk penutup dagangan minggu ini namun bakal memberi reaksi pada data yang akan diterbitkan di sesi New York sebentar lagi.

Tinjauan Universiti Michigan untuk sentimen pengguna dan jangkaan inflasi bakal mengekalkan pengukuhan US dolar sekiranya angka yang positif dilaporkan.

Semestinya mata wang utama yang lain dalam pasaran kembali ditekan jatuh dengan situasi yang memberi kelebihan kepada US dolar ketika ini.

Dagangan emas juga telah terperosot jatuh ke zon sasaran harga iaitu sekitar $2,300 di sesi New York semalam sebelum harga bergerak mendatar menyambung pembukaan sesi Asia pagi Jumaat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat