US Dolar Kembali Kukuh, EUR/USD Menjunam!

720

Pelabur dikejutkan dengan pergerakan agresif pada pasaran kewangan di sesi New York dengan jangkaan berlaku perubahan sentimen pasaran.

US dolar kembali mengukuh dengan lonjakan ketara berbanding mata wang utama yang lain dalam pasaran semalam berikutan peningkatan pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, indeks-indeks utama pasaran Wall Street turut pamerkan penurunan yang memberi isyarat untuk sentimen berisiko pasaran sekaligus menyokong semula permintaan terhadap mata wang safe-haven US dolar.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga yang melonjak pada sesi awalnya gagal mencapai paras sasaran 1.22500 sebelum harga menjunam lebih ketara pada sesi New York.

Penurunan sekitar 80 pips tersebut telah kembali semula menguji zon RBS (resistance become support) 1.21800-1.21500.

Dengan penurunan harga di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, pelabur akan menjangkakan penurunan lebih rendah sebelum dagangan pada minggu ini menutup tirai.

Penurunan harga bakal menuju semula ke zon tumpuan sebelum ini sekitar 1.20900-1.20550 atau lebih rendah lagi ke paras support 1.2000.

Sekiranya harga kembali membuat kenaikan semula di atas paras MA50, paras ketinggian harga yang dicapai semalam akan diuji semula untuk harga cuba menembusi rintangan pada 1.22500.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat