US Dolar Kembali Mengukuh, Harga Minyak Masih Merekodkan Bacaan Tertinggi – Sesi Asia

409

Pasaran Matawang

US dolar mengukuh dalam sesi dagangan Asia pada hari Isnin.

USD/JPY didagangkan kukuh sebanyak 0.18% kepada 108.81. AUD/USD pula didagangkan susut sebanyak 0.11% kepada 0.8101.NZD/USD juga didagangkan susut kepada 0.7336 setakat jam 9.30 a.m.

Pada minggu ini, New Zealand akan mengeluarkan laporan imbangan dagangan bulan Disember. Penganalisis menjangkakan defisit sebanyak NZ$3.42 billion.

Jepun juga akan mengeluarkan laporan perbelanjaan isirumah bulang Disember.

Australiaakan mengeluarkan laporan keyakinan perniagaan NAB dan laporan kaji selidik perniagaan NAB.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain mengukuh sebanyak 0.25% kepada 89.09 setakat jam 9.30 a.m.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah dibuka tinggi dalam sesi dagangan Asia berikutan sentimen kelemahan matawang US Dolar pada minggu lepas.

Harga minyak Brent setakat ini didagangkan di sekitar $70.12 setong. Harga minyak WTI naik 0.35% kepada $66.37 setong setakat jam 9.30 a.m.

Harga minyak kini mencapai melebihi paras tertinggi sejak tahun 2014.

Harga emas pula didagangkan lemah berikutan pengukuhan US dolar dalam sesi dagangan Asia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat