US Dolar Kembali Pulih Daripada Kejatuhan, Harga Emas Jatuh – Sesi Asia

408

 

Pasaran Matawang

Matawang Aussie mengukuh dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis.

AUD/USD mengukuh sebanyak 0.37% kepada 0.7872. USD/JPY telah mula mengukuh sebanyak 0.12% kepada 111.57 setakat jam 10.15 a.m.

Pengukuhan AUD didorong oleh laporan jualan runcitt pada bulan November melonjak naik sebanyak 1.2%, berbanding jangkaan penganalisis pada 0.4% peningkatan.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain susut 0.03% kepada 92.08 setakat jam 10.15 a.m.

Berdasarkan laporan, China telah bersedia untuk mengurangkan atau menghentikan pembelian bon US. Hal ini menyebabkan matawang US dolar jatuh merundum pada hari Rabu sebelum naik semula pada hari ini.

Pasaran Komoditi

Harga minyak bercampur dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis.

Harga minyak mentah US WTI jatuh sebanyak 0.88% kepada $63.52. Harga minyak Brent naik sebanyak 0.07% kepada $69.14.

Pelabur kini menunggu keputusan pentadbiran Trump terhadap sekatan ekonomi kepada Iran.

Harga emas jatuh sedikit berikutan pengukuhan US dolar daripada kejatuhan semalam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat