US Dolar Kembali Susut, USD/JPY Catat 130 Pips Penurunan Harian!

276

Sentimen pasaran masih kekal berisiko dengan ancaman wabak Coronavirus COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda.

Indeks utama di Wall Street mencatatkan kerugian yang besar pada awal dagangan minggu ini melibatkan penurunan ketara pada indeks S&P 500, Nasdaq serta lebih 1,000 mata penurunan pada indeks Dow Jones.

Angka kematian akibat Coronavirus di China terus meningkat dengan kenaikan 508 kematian semalam menjadikan jumlah korban setakat ini 2,663 serta jumlah kes jangkitan yang disahkan adalah pada 77,658 orang.

Sentimen berisiko pasaran telah menyokong pengukuhan matawang Yen berikutan permintaan terhadap aset safe-haven kekal menjadi pilihan pelabur.

Namun, US dolar gagal memanfaatkan situasi tersebut berikutan terdapat jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) bakal menurunkan kadar faedah sebanyak 2 kali pada tahun ini bermula pada mesyuarat Jun nanti.

Dengan itu, dapat dilihat penurunan ketara harga pada carta pasangan matawang USD/JPY dengan perbezaan nilai dagangan bagi matawang Yen dan US dolar.

Selepas mencatatkan lonjakan ketara harga pada minggu lalu ke paras tertinggi 10 bulan, harga mula kembali mempamerkan penurunan pada minggu ini dengan penurunan pada sesi New York semalam.

Penurunan harian pada carta USD/JPY semalam mencatatkan sekitar 135 pips hampir menyentuh paras 110.300 sebelum menutup dagangan sesi New York lebih tinggi.

Dagangan yang bersambung pada sesi Asia hari ini masih menunjukkan kenaikan harga, namun pada kadar pergerakan yang lebih perlahan menguji paras 111.00.

Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, harga dilihat akan cuba melepasi halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Kenaikan seterusnya akan menguji paras ketinggian yang dicapai pada minggu lalu sekitar 112.200 atau paras ketinggian 112.400 yang menjadi resistance pada dagangan April 2019 yang lalu.

Namun jika harga kembali menyambung penurunan semula, paras terendah harian semalam akan kembali diuji sebelum meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

Penurunan harga berkemungkinan menuju zon support pada sekitar 109.700 yang menjadi paras penting harga sejak dagangan awal Februari.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat