US Dolar Kukuh, EUR/USD Tunduk Semula Ke Paras $1.0800

170

Pengukuhan US dolar yang dilanjutkan sehingga ke sesi New York semalam semakin memberi tekanan kepada mata wang utama yang lain.

Pandangan bernada hawkish yang disampaikan oleh pegawai-pegawai Federal Reserve (Fed) di awal minggu ini menjadi tumpuan dan kembali meningkatkan jangkaan untuk Fed mengekalkan dasar monetari ketat.

Namun, pelabur berwaspada untuk kemungkinan perubahan situasi di penghujung minggu dengan reaksi data-data yang akan diterbitkan termasuk indeks harga PCE AS.

Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang semakin menyusur turun semalam selepas pada hari sebelumnya gagal melepasi zon rintangan 1.09000 yang diuji.

Di penghujung sesi New York, harga telah jatuh ke paras tumpuan pada 1.08000 dengan jangkaan reaksi menarik harga akan dipaparkan di zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan harga dilihat telah bermula dari sesi Eropah lagi ketika data inflasi Jerman hadir dengan bacaan angka yang lebih rendah berbanding ramalan, yang turut menambahkan tekanan buat mata wang Euro.

Harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu mencadangkan lanjutan pergerakan bearish harga.

Pergerakan harga perlahan di sekitar 1.08000 menyambung dagangan di awal sesi Asia pagi ini (Khamis), dengan kecenderungan untuk penurunan diteruskan pada sesi-sesi berikutnya.

Untuk penurunan yang dlanjutkan lagi, sasaran adalah untuk menuju sehingga paras 1.07000 pula.

Corak penurunan boleh disokong oleh reaksi pada terbitan data pertumbuhan ekonomi AS di sesi New York nanti.

Namun, boleh jadi reaksi berbeza yang dipaparkan dengan lonjakan semula harga boleh tercetus.

Jika berlaku kenaikan semula, harga berkemungkinan bakal melepasi halangan MA50 dan cuba untuk mencapai semula ke zon rintangan 1.09000 sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat