US Dolar Lemah, Brent Mencapai Paras Tertinggi, Harga Emas Terus Menyusut

66

Forex

Matawang Australia dan New Zealang mengukuh berbanding US dolar pada hari Selasa dalam sesi dagangan Eropah.

AUD pula mencatat pengukuhan sebanyak 0.35% kepada 0.7553 berbanding US dolar setakat jam 04.45 p.m..

Matawang NZD mencatat pengukuhan sebanyak 0.55% kepada 0.6949 iaitu bacaan tertinggi sejak 28 November setakat jam 04.45 p.m.

  • Pengukuhan itu didorong apabila kerajaan New Zealand ingin menobatkan bekas pegawai bank pusat, Adrian Orr sebagai pengerusi Reserve Bank of New Zealand pada bulan Mac 2018.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam menyusut sebanyak 0.17% kepada 93.78 dalam sesi dagangan Eropah pada Selasa setakat jam 04.45 p.m.

Minyak

Harga minyak Brent meningkat melebihi 1% pada hari Selasa dalam pasaran Eropah.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.83% kepada $58.47 setakat jam 04.45 p.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 1.21% kepada $65.02 setong setakat jam 04.45 p.m.

  • Harga minyak Brent mencapai paras tertinggi sejak Jun,2015 iaitu melebihi paras $65 buat pertama kali.
  • Sentimen yang mendorong peningkatan harga minyak masih sama seperti dalam sesi dagangan Asia.
  • Peningkatan harga minyak didorong oleh penutupan saluran minyak laut utara berikutan keretakan yang berlaku pada saluran tersebut.
  • Saluran minyak UK mengeluarkan 450,000 tong setiap hari dan kini ditutup pada hari Isnin untuk dibaiki.

Emas

Harga emas terus menyusut dalam sesi dagangan Eropah berikutan jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar faedah oleh Fed.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat kejatuhan sebanyak 0.11% pada Selasa kepada $1,245.50 setakat jam 04.45 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat