US Dolar Meneruskan Pengukuhan, Harga Minyak Mentah Jatuh Melebihi 1%

400

Pasaran Matawang

Matawang US dolar mengukuh pada awal pagi sebelum mencatat penyusutan dalam sesi dagangan Asia, hari Selasa.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain menyusut sebanyak 0.12 kepada 89.46 setakat jam 09.45 a.m.

Matawang US dolar kembali mengukuh daripada paras terendah 3 tahun yang dialami pada akhir Januari iaitu pada 88.44. Hal ini berlaku adalah disebabkan polisi perlindungan perdagangan dan persepsi terhadap pengurangan hasil bon.

US dolar mula mengukuh selepas laporan data pekerjaan yang memberangsangkan dikeluarkan pada hari Jumaat.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah jatuh dalam sesi dagangan Asia pada hari Selasa berikutan kejatuhan menjunam dalam pasaran ekuiti.

Harga minyak WTI jatuh kepada $63.49 setong dan Brent jatuh kepada $66.94 setong setakat jam 09.45 a.m.

Penganalisis menjangkakan peningkatan 2.86 juta tong pada minggu lepas manakala minyak penyulingan jatuh 1.490 juta tong dan inventori minyak gas naik 615,000 tong.

Harga emas mencatat peningkatan kepada 1,340.80 berikutan pelabur beralih kepada emas selepas kejatuhan saham.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat