US Dolar ‘Mengecut’ Di Penghujung Minggu?

331

US dolar didagangkan lemah pada Khamis semalam menyusuli prestasi hari sebelumnya yang terbantut dari pengukuhan dipaparkan ketika data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan tempoh hari.

Data-data ekonomi AS yang diterbitkan di sesi New York semalam hadir dengan bacaan suram, menambahkan lagi tekanan kepada US dolar menuju penghujung minggu.

Penguncupan lebih buruk berlaku kadar jualan runcit AS pada Januari sementara bacaan indeks pembuatan Empire State masih tampil dengan angka negatif, tetapi lebih baik berbanding abcaan sebelumnya.

Data tuntutan faedah pengangguran AS paparkan bacaan yang baik namun tidak membantu memulihkan prestasi US dolar yang kekal suram.

Sebelum tirai dagangan minggu ini berlabuh, tumpuan pasaran akan terarah pula kepada terbitan data indeks harga pengeluar AS (PPI), data perumahan serta tinjauan sentimen pengguna Universiti Michigan.

Pergerakan harga dijangka tak menentu menuju sesi-sesi terakhir dan pelabur akan lebih berwaspada dengan risiko seperti perubahan arah berikutan aktiviti pengambilan untung.

Mata wang utama dalam pasaran paparkan pemulihan ketika situasi penyusutan US dolar berterusan.

Euro kembali melonjak pulih setelah jatuh dari paras terendah 13 minggu dan Pound juga meningkat walaupun data pertumbuhan ekonomi UK yang diterbitkan di sesi Eropah semalam agak suram.

Dolar Kanada ketara kukuh berbanding US dolar disokong oleh kenaikan harga minyak mentah global semalam sementara dolar Aussie meningkat lebih tinggi berbanding penyusutan awal di sesi Asia semalam ketika reaksi data pekerjaan Australia diterbitkan.

Perkembangan pasaran komoditi, harga minyak mentah bagi kedua-dua penanda aras WTI dan Brent paparkan lonjakan ketara semalam dengan masing-masing pulih semula ke paras harga $78.00 dan $87.20 setong.

Dagangan emas kembali paparkan pemulihan semula menuju ke penghujung minggu ini dengan peningkatan harga melepasi semula paras $2,000 setelah kejatuhan sebelum ini mencecah sekitar $1,985.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat