US Dolar Mengukuh Berbanding Matawang Utama, Harga Komoditi Jatuh

372

Pasaran matawang

Matawang Australia dolar menyusut berbanding US dolar pada hari Isnin. Manakala matawang New Zealand dolar juga menyusut dalam sesi dagangan Eropah.

US dolar mengukuh berbanding matawang lain dalam sesi dagangan Eropah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain naik 0.27% kepada 92.00 setakat jam 04.45 p.m.

Pengukuhan US dolar didorong oleh penambahan peluang pekerjaan sebanyak 148,000 pada bulan Disember.

Matawang US dolar menghadapi tekanan dengan jangkaan perlaksaan pengetatan dasar monetari oleh negara lain.

Matawang Euro menyusut sebanyak 0.33% kepada 1.1989.

Pasaran Komoditi

Harga minyak meneruskan penigkatan dalam sesi dagangan Eropah sebelum mengalami kejatuhan ketika ini.

Harga minyak mentah WTI naik sebanyak 0.18% kepada $61.56. Minyak Brent juga naik sebanyak 0.15% kepada $67.72 sebelum mengalami kejatuhan.

Peningkatan harga ini didorong oleh kejatuhan aktiviti galian minyak US bagi pengeluaran baru.

Harga emas pula mencatat kejatuhan berikutan pengukuhan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat