US Dolar Mengukuh Berbanding Matawang Utama, Harga Minyak Terus Jatuh

391

Pasaran Matawang

US dolar mengukuh berbanding matawang utama pada hari Selasa berikutan didorong oleh pengukuhan hasil bon US. Pelabur memberi tumpuan pada ucapan presiden US, Donald Trump dan mesyuarat Fed.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain mengukuh kepada 89.44 setakat jam 5.55 p.m.

Hasil bon US meningkat ke paras tertinggi pada hari Selasa selepas komentar bank pusat Eropah yang menjangkakan majoriti bank pusat akan mula merencanakan kembali rangsangan monetari.

Matawang Euro menyusut pada awalnya berbanding US dolar sebelum mengukuh kepada bacaan 1.2384.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah jatuh pada hari Selasa dalam sesi dagangan Eropah berikutan tumpuan pelabur pada laporan inventori minyak mentah.

Harga minyak WTI jatuh kepada $65.00 setong dan Brent jatuh kepada $68.090 setong setakat jam 5.55 p.m

Harga emas sedikit jatuh iaitu sebanyak 0.01% kepada 1,340.20.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat