US Dolar Mengukuh, Harga Minyak Mencatat Peningkatan, Harga Emas Menunjukkan Kejatuhan – Sesi Asia

53

Forex

Matawang US dolar mengukuh berbanding matawang yen dalam sesi dagangan Asia pada hari Isnin.

AUD mencatat bacaan yang mengukuh sebanyak 0.04% kepada 0.7650 berbanding US dolar. USD/JPY menunjukkan bacaan pada 112.65, mengukuh sebanyak 0.04% setakat jam 10.10 a.m.

  • Pengukuhan US dolar ini didorong oleh kemajuan reformasi cukai apabila usaha itu semakin dilihat semakin hampir kepada pengesahan.
  • The House dijangkan akan membuat undian mengenai bil cukai pada hari Selasa. Pelabur menjangkakan, pengesahan reformasi cukai akan menjana pertumbuhan ekonomi US dan akhirnya membawa kepada peningkatan kadar faedah dan pengukuhan matawang US dolar.
  • Pasaran akan memberi tumpuan pada laporan pertumbuhan ekonomi U.S suku tahun keempat yang akan dikeluarkan pada minggu ini.

 

  • Selain itu pasaran juga memberi tumpuan pada data keyakinan perniagaan Jerman sebagai salah satu ukuran ekonomi zon Eropah.

Pengukuhan US berbanding matawang yen terbatas berikutan laporan imbangan perdagangan Jepun pada bulan November yang menunjukkan lebihan sebanyak ¥113 billion berbanding jangkaan yang mensasarkan defisit ¥55 billion.

Minyak

Harga minyak naik pada hari Isnin dalam sesi dagangan Asia pada hari Isnin.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.16% kepada $57.42 setakat jam 10.10 a.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.19% kepada $63.35 setong setakat jam 10.10 a.m.

  • Peningkatan harga minyak ini didiorong kejatuhan aktiviti penggalian minyak pada minggu lalu.
  • Selain itu, peningkatan minyak juga didorong oleh permintaan yang kuat dalam pasaran.

Emas

Harga emas mencatat kejatuhan pada awal sesi dagangan Asia berikutan pengukuhan US dolar pada hari Isnin.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat penyusutan sebanyak 0.03% pada hari Isnin kepada $1,257.10 setakat jam 10.10 a.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat