US Dolar Menyusut Berbanding Matawang Utama, Harga Minyak Mula Stabil

436

Pasaran Matawang

Matawang yen menyusut dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu berikutan data gross domestic product (GDP) suku tahun keempat 2017 tersasar daripada jangkaan penganalisis.

Matawang USD mengukuh berbanding matawang yen kepada 107.65 kemudian mengalami penyusutan sebanyak 0.10%. Manakala AUD/USD didagangkan stabil pada 0.7857. Matawang EUR/USD mengukuh sebanyak 1.2354.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain naik 0.02% kepada 89.58 setakat jam 9.50 a.m.

Laporan yang dikeluarkan di Jepun, melaporkan bahawa GDP Jepun mencatat pertumbuhan 0.5% setahun berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan bacaan 0.9% . Pada suku tahun keempat pula mencatat pertumbuhan 0.1% berbanding sasaran penganalisis 0.2%.

Pasaran Komoditi

Harga minyak telah stabil pada hari Rabu didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang sihat dan jangkaan bahawa matawang US dolar yang lemah akan menjana permintaan minyak.

Walaubagaimanapun, harga minyak mentah masih berada di bawah paras harga tertinggi kerana terdapat tanda-tanda lebihan pengeluaran termasuk peningkatan inventori minyak mentah U.S.

Harga minyak WTI naik kepada $59.24 setong dan Brent naik kepada $62.87 setong setakat jam 09.50 a.m

Harga emas menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 0.26% kepada 1,333.90 dalam sesi dagangan Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat