US Dolar Menyusut, Harga Minyak dan Emas Naik – Sesi Eropah

114

Forex

Matawang US dolar menyusut berbanding matawang lain pada hari Jumaat dalam sesi dagangan Eropah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam menyusut sebanyak 0.15% kepada 93.50 dalam sesi dagangan Eropah pada Jumaat setakat jam 04.15 p.m.

  • Penyusutan ini didorong oleh kekhuatiran pelabur terhadap kemajuan pelan reformasi cukai.
  • Kelulusan kod reformasi cukai itu memerulakan undian majoriti, dimana pihak Republik memilik 52 undian daripada 100 undian.
  • Selain itu, turut mendorong penyusutan dolar ialah keputusan the Fed baru-baru ini. The Fed menaikkan kadar faedah kepada 1.50% seperti yang dijangka.
  • Namun, bank pusat masih belum mengubah pelannya bagi tahu 2018, yang menjangkakan akan menaikkan lagi 3x kenaikan kadar faedah pada tahun 2018 dan 2019. Menyebabkan harapan kenaikan 4x kadar faedah terbantut.

Matawang Euro mengukuh berbanding US dolar sebanyak 0.09% pada bacaan 1.1788. GBP/USD pula kekal stabil pada 1.3432 setakat jam 04.15 p.m.

Minyak

Harga minyak naik pada hari Jumaat dalam sesi dagangan Eropah.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.60% kepada $57.39 setakat jam 04.15 p.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.39% kepada $63.55 setong setakat jam 04.15 p.m.

  • Sentimen kenaikan dalam sesi dagangan Eropah masih sama seperti sesi dagangan Asia.
  • Peningkatan harga minyak masih lagi didorong faktor utama seperti kerusakan saluran minyak Forties di Laut Utara.
  • Selain itu, OPEC, Rusia dan non-OPEC berkemungkinan akan mengubah kuantiti pemotongan minyak berdasarkan pelan asal sehingga akhir tahun 2018.

Emas

Harga emas meningkat ke paras tertinggi 1 minggu lalu berikutan kelemahan matawang US dolar yang disebabkan kekhuatiran pelabur terhadap kemajuan pelan reformasi cukai.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat naik sebanyak 0.19% pada Jumaat kepada $1,259.50 setakat jam 04.15 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat