US Dolar Menyusut, Harga Minyak Jatuh 2 Hari Berturut-turut – Sesi Asia

431

Pasaran Matawang

Matawang yen didagangkan tinggi ke paras tertinggi 4 bulan lalu berbanding matawang US dolar sebelum mengalami penyusutan.

Matawang USD mengukuh sebanyak 0.09% berbanding matawang yen kepada 108.83. Manakala AUD/USD kekal stabil pada 0.7781.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain susut 0.06% kepada 90.14 setakat jam 9.35 a.m.

Pengukuhan matawang yen pada awal sesi dagangan adalah disebabkan kejatuhan dalam pasaran saham global. Hal ini menyebabkan pelabur memindahkan pelaburan mereka ke dalam safe haven.

Peningkatan risiko dan pergerakan turun naik yang tinggi menyebabkan segelintir pelabur menjualkan saham yang dimiliki.

Pasaran Komoditi

Harga minyak meneruskan kejatuhan 2 hari berturut-turut sehingga pada hari Jumaat dalam sesi Asia. Minggu ini sahaja harga minyak telah jatuh hampir 5%. Prestasi terburuk mingguan selepas May 2017 yang mengalami kejatuhan 6.30%.

Harga minyak WTI jatuh 0.88% kepada $60.62 setong dan Brent jatuh kepada $64.42 setong setakat jam 09.35 a.m

Harga emas meneruskan peningkatan sebanyak 0.20% kepada 1,321.60 berikutan perpindahan pelaburan ke dalam safe haven.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat