US Dolar Menyusut, Harga Minyak Jatuh Ke Paras Terendah Tahun Ini

465

Pasaran Matawang

US dolar didagangkan sedikit rendah berbanding matawang utama dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis.

USD/JPY menyusut sedikit sebanyak 0.07% kepada 109.29 setakat jam 10.25 a.m. AUD/USD mengukuh sebanyak 0.06% kepada 0.7828. Matawang Euro juga mengukuh berbanding US dolar sebanyak 0.09% kepada 1.2273.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain susut 0.04% kepada 90.12 setakat jam 10.25 a.m.

Pengukuhan Euro dolar yang sedikit berbanding US dolar adalah disebabkan peningkatan hasil bon US namun hal ini terbatas selepas pasaran saham mula lonjak kembali.

Menurut pakar ekonomi, matawang euro sejak akhir ini menunjukkan pengukuhan yang besar berikutan jangkaan terhadap polisi bank pusat.

Hasil bon US meningkat sebanyak 2.88% pada hari Isnin menyebabkan pengukuhan US dolar.

Pasaran Komoditi

Harga minyak hampir jatuh ke paras terendah tahun ini berikutan peningkatan pengeluaran minyak US.

Harga minyak WTI jatuh kepada $61.47 setong dan Brent jatuh kepada $65.20 setong setakat jam 10.25 a.m.

Pengeluaran minyak US meningkat melebihi 10 juta tong setiap hari buat pertama kali sejak tahun 1970 pada minggu lepas. Pengeluaran ini lebih tinggi daripada rekod bacaan pada tahun 1970 iaitu pada 10.044 juta tong pengeluaran minyak.

Harga emas mengukuh iaitu sebanyak 0.21% kepada 1,337.40 dalam sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat