US Dolar Menyusut, Harga Minyak Mengalami Turun Naik – Sesi Eropah

0 404

Pasaran Matawang

Matawang Euro mengukuh pada hari Selasa dalam sesi dagangan Eropah berikutan pengukuhan pasaran ekuiti global menyebabkan pedagang menjual US dolar untuk melabur di pasaran ekuti.

Matawang US dolar jatuh hampir 0.50% berbanding matawang utama selepas mencatat peningkatan pada minggu lepas.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain jatuh 0.31% pada masa yang sama.

Matawang EUR/USD mengukuh sebanyak 0.20% dan GBP/USD mengukuh sebanyak 0.33% setakat jam 6.00 p.m.

Pasaran Komoditi

Harga minyak juga didorong dengan faktor yang sama iaitu penigkatan harga minyak mentah didorong oleh lonjakan pasaran saham global.

Harga minyak WTI jatuh kepada $59.13 setong dan Brent jatuh kepada $62.53 setong setakat jam 06.00 p.m. Harga minyak mula meningkat dalam sesi dagangan Asia sehingga kepada pembukaan saham eropah kemudian mencatat kejatuhan pada sekitar jam 4.

Harga emas mencatat peningkatan dalam sesi Eropah sebanyak 0.34% setakat jam 06.00 p.m.

Download Indicator Moshed Magic Line
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP kami yang menerima Indicator Moshed Magic Line PERCUMA beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.