US Dolar Pulih Semula, Trend Pasaran Kembali Berubah?

345
  • USD pulih semula dari kejatuhan
  • Data harga import AS meningkat
  • Ucapan ahli Fed seterusnya akan diberi tumpuan

US dolar kembali paparkan pemulihan pada dagangan Khamis semalam selepas berlaku penyusutan yang agak ketara sebelumnya ketika data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.

Penganalisis menilai kenaikan pada angka data harga import AS bulan lepas yang bakal mempengaruhi keputusan dasar monetari Federal Reserve (Fed) untuk menurunkan inflasi yang masih berada di paras tinggi.

Data-data ekonomi AS yang hadir sejak minggu lalu mendorong Fed untuk menuju ke arah pelonggaran polisi, namun para penggubal dasar masih belum menyatakan perubahan pandangan mereka yang hawkish sebelum ini.

Selain data harga import yang positif, beberapa data AS yang lain turut diterbitkan bersama namun hadir dengan bacaan kurang memberangsangkan.

Antaranya data tuntutan faedah pengangguran AS untuk minggu lalu yang catatkan angka sedikit rendah dari sebelumnya, namun tidak mencapai angka yang disasarkan.

Data pengeluaran perindustrian AS catat angka yang lebih rendah dari jangkaan untuk kekal.

Tumpuan pada Jumaat akan terarah kepada data ekonomi China diterbitkan di sesi Asia melibatkan bacaan pengeluaran perindustrian, jualan runcit dan kadar pengangguran.

Di sesi New York, ucapan oleh Fed Waller yang juga sebagai ahli FOMC akan diberikan tumpuan dan perhatian seterusnya kepada Fed Daly.

Penilai terhadap hala tuju dasar monetari akan terus diperhalusi daripada pandangan-pandangan ahli Fed setelah data-data penting diterbitkan sebagai petunjuk.

Pelabur di penghujung minggu perlu berhati-hati dengan risiko pergerakan tak menentu harga dengan kemungkinan berlaku aktiviti pengambilan untung di penutup minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat