US Dolar Semakin Layu, AUD/USD Tembus Siling!

591

Sesi Eropah menyaksikan US dolar terus didagangakan susut berbanding mata wang utama lain dengan mata wang komoditi seperti dolar Australia, dolar New Zealand dan dolar Kanada bergerak lebih kukuh.

Sentimen risk-on pasaran disokong oleh laporan pentadbiran Biden mencalonkan bekas Pengerusi Federal Reserve (Fed) Janet Yellen untuk jawatan Setiausaha Perbendaharaan AS yang dilihat akan memperkukuhkan lagi pengurusan kewangan negara.

Selain itu, data ekonomi AS yang diterbitkan semalam telah menjadi pencetus pengukuhan US dolar namun terdapat jangkaan bahawa faktor tersebut akan mendorong pengurangan pada pakej rangsangan ekonomi.

Dapat dilihat pergerakan harga semasa menunjukkan kenaikan ketara harga berikutan penyusutan US dolar seperti pada carta pasangan AUD/USD.

Kenaikan harga yang diteruskan sehingga sesi Eropah telah berjaya menembusi zon resistance 0.73300 yang menjadi rintangan harga sejak dagangan September lalu.

Harga berkemungkinan akan kembali turun menguji semula paras 0.73300 yang menjadi zon RBS (resistance become support) harga sebelum kenaikan diteruskan lebih tinggi.

Paras ketinggian yang menjadi sasaran seterusnya harga adalah pada resistance 0.74000 yang diuji pada awal September lalu namun gagal ditembusi harga.

Sekiranya penurunan lebih rendah harga berlaku di bawah paras 0.73300 semula, paras sokongan terhampir dilihat sekitar 0.73000 sebelum penurunan lebih rendah akan menuju ke paras support 0.72200.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat