US Dolar Terus Mengukuh, Apakah Yang Menjadi Kekhuatiran Pasaran?

454

Pasaran mula mengambil sikap berhati-hati dengan US dolar mengukuh berbanding kebanyakan matawang utama pada hari Isnin berikutan kekhuatiran penularan pandemik Covid-19. Dalam masa yang sama, pemain pasaran menantikan lebih banyak indikasi mengenai pemulihan ekonomi global sebelum mengorak langkah.

Pasaran setakat ini masih sensitif terhadap sebarang perbincangan mengenai pengurangan pembelian bon sambil memerhatikan data inflasi A.S pada hari Selasa nanti menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell pada hari Rabu dan Khamis.

Sementara itu, kejutan yang dilakukan Bank Rakyat China melalui pengumuman pelonggaran dasar monetari bagi meningkatkan pemulihan ekonomi pasca-Covid-19 gagal memberikan momentum yang berkekalan.

Menurut, Marshall Gittler, ketua penyelidikan pelaburan di BDSwiss Holding, langkah tersebut juga memberi isyarat bahawa pihak berkuasa juga prihatin terhadap prospek pertumbuhan China.

Berdasarkan soal selidik oleh Reuters, ahli ekonomi mejangkakan harga pengguna A.S bagi bulan Jun akan meningkat 0.4% dari bulan Mei dan 4% dari tahun sebelumnya. Apa-apa tanda bahawa kenaikan inflasi akan berterusan dapat membawa kepada kemungkinan bahawa the Fed akan mengurangkan rangsangan ekonomi.

Sebaliknya data yang lebih perlahan dapat membawa kemungkinan bahawa the Fed akan mengekalkan dasar yang diterapkan untuk jangka masa yang lebih lama. Hal ini secara tidak langsung akan mendorong pemain pasaran berdagang dalam aset atau matawang yang berisiko.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama lain diniagakan kukuh sebanyak 0.23% kepada 92.250.

Matawang sterling susut 0.26% menjadi $ 1.3863 sementara Perdana Menteri Britain Boris Johnson dijangka mengesahkan rancangan untuk menghapus Covid-19, walaupun terdapat peningkatan kes yang ketara.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat