US Dolar Terus Menyusut Dalam Sesi Dagagan Eropah, Tumpuan Pelabur Pada Reformasi Cukai

65

Matawang U.S dolar terus menyusut berbanding matawang utama pada hari Jumaat, namun penyusutan ini dijangka hanya besifat sementara kerana pelan reformasi cukai U.S itu telah diluluskan oleh ahli The House.

Berdasarkan laporan pada awal pagi ini, wakil the House telah membuat kenyataan bahawa mereka meluluskan pelan reformasi cukai tersebut dan akan didebatkan dalam ahli Senat.

Pelabur masih lagi berwaspada terhadap isu ini kerana ahli majoriti Republik lebih kecil daripada majoriti ahli Senat dan pada ketika ini pelabur menjangkakan tiada tindakan susulan berkenaan reformasi cukai pada minggu hadapan.

Selain itu, turut mendorong penyusutan matawang U.S dolar ialah data pekerjaan dan industri yang lemah.

Berdasarkan laporan Jabatan Buruh U.S, tuntutan pengangguran meningkat sebanyak 10,000 kepada 249,000 bagi minggu yang berakhir pada 11 November. Penganalisis menjangkakan 4000 pengurangan dalam tuntutan pengangguran.

Indeks Pembuatan Philly Fed bagi bulan November jatuh kepada 22.7 daripada bacaan 27.9. Bacaan bulan November juga tersasar daripada jangkaan penganalisis yang mensasarkan pada bacaan 25.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menyusut sebanyak 0.23% kepada 93.62 setakat jam 5.30 petang.

U.S dolar menyusut sebanyak 0.47% kepada 112.53 berbanding yen setakat jam 5.30 petang, manakala US dolar menyusut sebanyak 0.21% kepada 0.9919 berbanding CHF setakat jam 05.30 petang

Matawang Euro mengukuh sebanyak 0.21% kepada 1.1795. GBP/USD juga mengukuh sebanyak 0.37% kepada 1.3243.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat