US Dolar Terus Susut! Apa Dah Jadi?

476

US dolar pada harini merosot ke paras terendah tiga minggu pada hari Rabu kerana hasil Perbendaharaan berada di bawah paras tertinggi baru-baru ini dan peningkatan selera risiko mengurangkan permintaan untuk mata wang safe haven.

US dolar telah mengukuh pada tahun ini kerana hasil Perbendaharaan meningkat berdasarkan jangkaan pertumbuhan yang lebih cepat dan inflasi yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, pertumbuhan hasil perbendaharaan mula berkurangan.

Kejatuhan hasil perbendaharaan A.S. minggu lalu telah mendorong kejatuhan US dolar ke paras mingguan terendah 2021. Ditambah pula trend kejatuhan diteruskan pada hari ini membuatkan US dolar semakin tertekan.

Penganalisis berpendapat kemerosotan US dolar menunjukkan bahawa pelabur tidak menganggap bacaan inflasi yang tinggi ini akan mendorong Fed untuk mengetatkan dasarnya. Penurunan hasil bon AS 10 tahun ke sekitar 1.62% disebabkan permintaan yang tinggi ketika lelongan bon 30 tahun turut mempengaruhi penyusutan dolar greenback.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain susut sebanyak 0.05% kepada paras tukaran 91.662 setakat jam 10.35 p.m. Data pada hari Selasa menunjukkan bahawa harga pengguna A.S. meningkat paling tinggi dalam lebih dari 8 setengah tahun pada bulan Mac, tetapi tidak cukup untuk mengubah jangkaan bahawa Federal Reserve akan mengekalkan kadar hampir sifar untuk tahun-tahun akan datang.

Pasaran kini memberi tumpuan pada data jualan runcit bulan Mac yang akan dikeluarkan pada hari Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat