US Dolar Tiba-Tiba Melonjak Naik, Apa Yang Sedang Berlaku?

1,910

Perbelanjaan pengguna A.S. meningkat kukuh pada September namun sedikit terbatas kerana dikekang oleh harga yang lebih tinggi. Inflasi kekal panas di tengah-tengah kekurangan kenderaan bermotor dan barangan lain dalam menghadapi kekangan bekalan global.

Jabatan Perdagangan berkata pada hari Jumaat bahawa perbelanjaan pengguna, yang menyumbang lebih daripada dua pertiga daripada aktiviti ekonomi A.S., meningkat 0.6% bulan lepas. Data bulan Ogos pula disemak lebih tinggi dengan perbelanjaan melonjak 1.0% dan bukannya 0.8% seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Ahli ekonomi yang ditinjau oleh Reuters telah meramalkan perbelanjaan pengguna meningkat 0.5%. Lonjakan semula kes Covid-19 sepanjang musim panas, didorong oleh varian Delta, kekurangan tenaga pekerja dan kekurangan bekalan telah menekan rantaian bekalan.

Indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE), tidak termasuk komponen makanan dan tenaga yang tidak menentu, meningkat 0.2% selepas memperoleh 0.3% pada bulan Ogos. Dalam tempoh 12 bulan hingga September, indeks harga PCE teras meningkat 3.6% selepas kenaikan yang sama pada bulan Ogos.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.60% pada paras dagangan 93.882.

Pengukuhan US dolar turut didorong oleh peningkatan hasil bon kerajaan dan para pedagang melihat laporan inflasi dapat mempengaruhi keputusan pengurangan pembelian bon.

Disisi lain matawang Kanada menyusut berbanding US dolar berikutan kejatuhan harga minyak dan pertumbuhan ekonomi pada bulan September tidak berubah. Matawang euro turut menyusut berbanding US dolar selepas laporan pada hari Khamis dari ECB yang bernada ‘dovish’. Matawang Euro susut 0.70% berbanding US dolar pada paras dagangan 1.1600.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat